I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 16, 2012

Orang Asli

Assalamualaikum..

Pada setiap pagi, Si Obon memanjat pokok petai di hutan dengan menggunakan kepakaran memanjat pokok yang sangat luar biasa. Padan lah dengan title nya di seluruh kampung Orang Asli, "Obon the Ironman". Pada tengahari pula, Obon akan berjalan kaki sejauh berpuluh-puluh kilometer menuju ke lebuhraya Timur-Barat yang mana terletak gerai petai kepunyaannya. Tiap-tiap hari Obon melihat kereta lalu lalang dari sekecil-kecil kereta kancil hinggalah sebesar-besar kereta Hilux atau sepantas kilat kereta Ferrari.  Baginya tiada sekelumit pon perasaan ingin memiliki atau menaiki kereta-kereta itu. Kalaulah manusia normal sudah tentu berhajat besar untuk dapat kereta mewah at least dapat merasa berada dalam kereta tu pon sudah cukup. Sedikit pun tidak berubah riak wajah Obon tatkala melihat semua banglo bergerak sepanjang berada di kedai petainya. Namun, riak wajahnya akan bertukar ganas apabila stok petainya sudah habis di dalam hutan. Obon oh Obon.!!!

Oh ya lupa mau bagitahu yang Si Obon ini sudah beristeri dan isterinya sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka. Langit tak selalu cerah, semasa saat-saat isterinya, Kika, hendak bersalin, bayi dalam kandungan tidak dapat keluar kerana tersekat. Maka, Obon mula resah gelisah. "Kika ku sayang, bersabarlah kau ya. Aku akan usahakan cara bagi mengeluarkan bayi kita ini dari lubang perutmu ini", pujuk Obon. Segala kudrat Tok Batin tidak mampu menyelesaikan masalah. Ting! Tok Batin minta izin pulang sebentar untuk mengambil handphone nya yang tertinggal di rumah. Obon menggaru-garu kepala sambil bermonolog sendirian, " Apa ke gila Tok Batin ni mau pegi ambil handphone pulak, Si Kika ini sudah separuh nyawa aku tengok. Mungkin handphone itu mampu mengeluarkan magik utk keluarkan bayi ini. Ah, mungkin juga", rengusnya lagi.

" Hallu, ini pejabat POASM ( Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia ). Saya ini Tok Batin dari kampung Bukit Legong. Saya mahu minta bantuan, ada penduduk disini mahu bersalin tapi baby nya tak dapat keluar dari perut. Sangkut....bla.bla.bla.", panjang lebarnya keterangan Tok Batin. Tidak lama kemudian, pihak POASM menghantar sebuah helikopter ke perkampungan itu bagi membantu Si Kika bersalin. Semua penduduk berasa kagum melihat helikopter seolah-olah burung gergasi bebas berterbangan di udara. Kika telah berjaya di bawa masuk ke dalam helikopter. Semasa di dalam helikopter, Si Kika merungut, " Abg Obon, Kika panas lah duduk dalam ini". Obon mendengar rungutan isterinya dan kemudian menjengah keluar helikopter dan berkata " ...Patutlah sayangku Kika panas, rupanya kipas ada di luar heli ini. Jadi anginnya diluar sahaja tak masuk ke dalam ini Kika. Mari abg Obon kipaskan Kika."

Setibanya di Hospital Kuala Lumpur, Kika terus dikejarkan ke bilik bersalin atau Englishnya Labour Room. Alhamdulillah, setelah tiga jam menunggu akhirnya Kika telah selamat melahirkan putera sulungnya. Kemudiannya, Kika telah ditempatkan di wad khas yang cukup selesa dengan dilengkapi aircond, kerusi empuk dan sebagainya. Obon yang mula-mula masuk ke dalam wad itu berasa sungguh teruja. Mana tidaknya, di dalam bilik itu sejuk tidak panas seperti di hutan, ada kerusi empuk tidak seperti di rumahnya kerusi rotan yang bila duduk baring habis berbirat badan. Enak sungguh berada di sini. Tetapi perasaan itu hanya mampu bertahan sehari sahaja. Masuk hari kedua, Obon mula panas punggung. Kerusi itu sudah tiada kesedapan dan keterujaan lagi baginya. Dia mula berjalan ke hulu ke hilir dan sering menjengah ke luar dari tingkap wad yang berada pada tingkat 4. " Aduh tingginya wad ini. Hurm", getus Obon. Perasaan resahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. " Eh, ada batang. Aku mesti boleh ini". Tanpa berfikir panjang Obon melompat ke luar dari tingkap dan menerjah batang saluran paip seperti memanjat pokok petainya di hutan. " Alamak, kenapa aku tak boleh turun ini. Tolong..Tolong..Tolong.." Rupanya Si Obon tersangkut pada antena Astro. Sekali lagi dia memerlukan bantuan dan datanglah pihak bomba menyelamatkan Obon.

Setelah Obon tenang dari trauma tadi, Dr. Hadi yang merawat Kika bertanya, " Kenapa En.Obon melompat keluar dari tingkap dan berpaut di batang saluran paip?". Jawabnya Obon, " Saya sudah tidak tahan lagi Dr, sudah 4 hari saya berada di atas sana tanpa memijak tanah. Saya tak keruan jadinya. Sebab itu saya lompat keluar. " Kenapa En.Obon tak guna lif di sini.? ", celah seorang jururawat sambil menunjukkan lif. " Saya takut bila tengok orang lelaki masuk dalam lif keluar jadi perempuan. Lelaki Cina masuk keluar jadi Bangla. Saya tak nak bertukar jantina nanti susahlah Si Kika kalau saya jadi perempuan, Cik", jujur kata Obon. Masing-masing berpandangan sesama sendiri dan hanya mengerutkan dahi sambil menahan gelak. Selepas beberapa hari, mereka telah dihantar pulang ke kampung dengan menggunakan kereta bagi memberi keselesaan kepada Kika dan anaknya daripada kepanasan.

p/s : Moral of the story. Jadilah seperti orang asli yang sedar dan sentiasa ingat asal usul mereka walaupun 
       diberikan kemewahan sementara, mereka tetap inginkan kehidupan di dalam hutan yang lebih selesa dan 
      nyaman. Marilah sama-sama kita memberi perlindungan kepada komuniti Orang Asli supaya tidak pupus 
      dan selesa berada di hutan sana tempat asalnya keturunan Orang Asli. Mungkin cerita benar dari Lect. 
      Haha. Nama watak itu rekaan semata-mata. Peace yaw!! =)

No comments:

Post a Comment